Mengapa Anda Perlu Bersama Kami?

MOFAST ADALAH PERTUBUHAN UNTUK SEMUA MOTIVATOR, FASILITATOR DAN TRAINER DI MALAYSIA

KELAYAKAN DIIKTIRAF
KELAYAKAN DIIKTIRAF

PENGIKTIRAFAN di laman web MoFast dengan penyenaraian profil sebagai motivator/ fasilitator profesional

PROGRAM BERTERUSAN
PROGRAM BERTERUSAN

Nikmati kursus-kursus pembangunan sebagai motivator/ fasilitator pada kadar ahli

HUBUNGAN INDUSTRI
HUBUNGAN INDUSTRI

Peluang berinteraksi dengan ahli-ahli profesional lain dan membina jaringan sesama rakan industri

AJK MOFAST 2022/2024

Bersatu Membina Legasi

AJK Tertinggi
AJK Tertinggi
EXCO
EXCO

MUTIARA KATA

Kepimpinan MoFast

"Hidup adalah PILIHAN. Terus Maju, Bangkit Semula itu pilihan, Putus Asa, Tak Berbuat Apa-Apa juga pilihan. Apa pilihan TERBAIK anda?"

Abg Q
Abg Q Pengerusi MoFast

"Perlu bermula dengan TINDAKAN. Baru mudah menyusun langkah-langkah KEJAYAAN. Ukuran pertama akan tercetus dari tindakan kita."

Ahmad Badli
Ahmad Badli Setiausaha MoFast

"Jika kita berMOTIVASI tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tak ada motivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

Muhd Haniff Hashim
Muhd Haniff Hashim Exco MoFast

Program Terkini

Motivasi | Inspirasi | Aspirasi

Tahniah Ahli MoFAST di GUCI 2024 EXHIBITION AWARD! (JOHOR BHARU)

Pada 23 & 24 September 2024, 20 peserta dari Rakan Kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) telah mewakili DBKL dan MoFAST dalam Synergistic Government-University-Community-Industry (GUCI) Sustainable Collaboration Seminar 2024 di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Bendahari MoFAST, En Bisharuzi Omar telah menghadiri persidangan GUCI ini.

DBKL telah merangkul beberapa anugerah termasuk:

πŸ† BEST OF THE BEST GUCI AWARD 2024 – Kategori GOVERNMENT AGENCY

Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan

πŸ₯‡ GOLD AWARD

1. Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan

πŸ₯ˆ SILVER AWARD

1. Transformasi Brickfields Melalui Pendekatan Kolaboratif Untuk Keselamatan dan Kemakmuran Komuniti

2.Memperkasa Generasi Muda: Pelan Tindakan Sekolah Mampan Kuala Lumpur Melalui Kerjasama Rentas Sektor

3. Sinergi Pemegang Taruh: Memperkasa Komuniti Lestari Melalui Program Kebun Kejiranan Bandar Dalam Kerangka Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL)

πŸ₯‰ BRONZE AWARD

1. Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Kaca Bagi Sektor Tenaga Pada 27 Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Empat projek ini dibentangkan oleh Puan Norazmin Adibah Othman dan satu lagi oleh Cik Nurul Hidayah Zawawi, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Seminar ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan, Universiti, Komuniti, dan Industri melalui konsep Quadruple-Helix bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Masyarakat Rendah Karbon (LCS), dan prinsip Environmental, Social, and Governance (ESG).