Tahniah Ahli MoFAST di GUCI 2024 EXHIBITION AWARD! (JOHOR BHARU)
Pada 23 & 24 September 2024, 20 peserta dari Rakan Kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) telah mewakili DBKL dan MoFAST dalam Synergistic Government-University-Community-Industry (GUCI) Sustainable Collaboration Seminar 2024 di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Bendahari MoFAST, En Bisharuzi Omar telah menghadiri persidangan GUCI ini.
DBKL telah merangkul beberapa anugerah termasuk:
BEST OF THE BEST GUCI AWARD 2024 – Kategori GOVERNMENT AGENCY
Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan
GOLD AWARD
1. Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan
SILVER AWARD
1. Transformasi Brickfields Melalui Pendekatan Kolaboratif Untuk Keselamatan dan Kemakmuran Komuniti
2.Memperkasa Generasi Muda: Pelan Tindakan Sekolah Mampan Kuala Lumpur Melalui Kerjasama Rentas Sektor
3. Sinergi Pemegang Taruh: Memperkasa Komuniti Lestari Melalui Program Kebun Kejiranan Bandar Dalam Kerangka Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL)
BRONZE AWARD
1. Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Kaca Bagi Sektor Tenaga Pada 27 Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Empat projek ini dibentangkan oleh Puan Norazmin Adibah Othman dan satu lagi oleh Cik Nurul Hidayah Zawawi, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.
Anugerah disampaikan oleh YB Datoβ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Seminar ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan, Universiti, Komuniti, dan Industri melalui konsep Quadruple-Helix bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Masyarakat Rendah Karbon (LCS), dan prinsip Environmental, Social, and Governance (ESG).






