Tahniah Ahli MoFAST di GUCI 2024 EXHIBITION AWARD! (JOHOR BHARU)

Pada 23 & 24 September 2024, 20 peserta dari Rakan Kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) telah mewakili DBKL dan MoFAST dalam Synergistic Government-University-Community-Industry (GUCI) Sustainable Collaboration Seminar 2024 di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Bendahari MoFAST, En Bisharuzi Omar telah menghadiri persidangan GUCI ini.

DBKL telah merangkul beberapa anugerah termasuk:

🏆 BEST OF THE BEST GUCI AWARD 2024 – Kategori GOVERNMENT AGENCY

Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan

🥇 GOLD AWARD

1. Kebun Bandar Sungai Bunus (LA21 KL): Platform Jaringan Pintar Pelbagai Pemegang Taruh Melalui Kolaboratif Berkesinambungan Mampan

🥈 SILVER AWARD

1. Transformasi Brickfields Melalui Pendekatan Kolaboratif Untuk Keselamatan dan Kemakmuran Komuniti

2.Memperkasa Generasi Muda: Pelan Tindakan Sekolah Mampan Kuala Lumpur Melalui Kerjasama Rentas Sektor

3. Sinergi Pemegang Taruh: Memperkasa Komuniti Lestari Melalui Program Kebun Kejiranan Bandar Dalam Kerangka Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL)

🥉 BRONZE AWARD

1. Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Kaca Bagi Sektor Tenaga Pada 27 Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Empat projek ini dibentangkan oleh Puan Norazmin Adibah Othman dan satu lagi oleh Cik Nurul Hidayah Zawawi, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Seminar ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan, Universiti, Komuniti, dan Industri melalui konsep Quadruple-Helix bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Masyarakat Rendah Karbon (LCS), dan prinsip Environmental, Social, and Governance (ESG).

YDC 2022 (Bakat Motivator)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Istimewa (PERMIS) UMT dan Pertubuhan Motivator Fasilitator Malaysia (MOFAST) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi bakal menganjurkan program Young Disabilities Challenge 2022 secara atas talian dan bersemuka.

Tujuan program ini adalah untuk melatih dan mencungkil bakat motivator terpendam dalam kalangan Mahasiswa/i Universiti atau Kolej .

Pendaftaran kini dibuka dari 1 Julai sehingga 20 Julai 2022.

Tunggu apa lagi? Adakah anda MOTIVATOR yang kami cari? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sekarang dan anda juga boleh menjadi the next MOTIVATOR❗

Tekan link di bawah untuk mendaftar:
https://forms.gle/cmsrfKmJNV23HEQ6A

Syarat-syarat Penyertaan boleh dirujuk di poster yang dilampirkan.

Para peserta akan memperoleh
⭐ Merit Mystar (pelajar UMT)
⭐ E-sijil
⭐ Hadiah lumayan untuk para pemenang!

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
En Hisyam: https://wa.link/w22wwb
Cik Kaiyisah: https://wa.link/ws88bw
Cik Raudhah: https://wa.link/003h7q